James Cook
James Cook

James Cook

Kapten James Cook (27 Oktober 1728 (T.J.) – 14 Februari 1779) adalah penjelajah, ahli pelayaran dan ahli kartografi Inggeris. Dia melakukan tiga pelayaran ke Lautan Pasifik, sambil memetakan banyak kawasan dan merekod beberapa pulau dan pantai dalam peta Eropah untuk kali pertama. Dia terkenal sebagai orang Inggeris yang menemui pantai timur Australia, Pulau Hawaii dan orang pertama memetakan Newfoundland dan New Zealand.Semasa hidupnya, Cook belayar sebanyak dua kali mengelilingi dunia. Dia merentasi Bulatan Antartika dan menemui pulau-pulau baru dan landskap di Amerika Utara dan Pasifik Selatan. Semasa perjalanannya, dia menghabiskan banyak masa melakukan eksperimen sains dan memeta kawasan baru. Dia juga menulis buku tentang apa yang ditemuinya. Cook meninggal dunia di Hawaii dalam satu pertempuran dengan penduduk asal Hawaii atas percubaan menculik raja mereka semasa pelayaran penjelajahan ketiganya di Pasifik pada 1779.

James Cook

Pekerjaan Penjelajah, ahli pelayaran, ahli kartografi
Ibu bapa James Cook, Grace Pace
Pasangan Elizabeth Batts
Anak James Cook, Nathaniel Cook, Elizabeth Cook, Joseph Cook, George Cook, Hugh Cook
Warganegara British
Meninggal dunia 14 Februari 1779(1779-02-14) (umur 50)
Hawaii
Pendidikan Postgate School, Great Ayton
Kelahiran (1728-10-27)27 Oktober 1728
Marton, England
Gelaran Kapten